Tuesday, December 2, 2008

Silent killer

Oleh Irfan Khairi

Sekiranya ada satu sahaja MUSUH untuk membuatkan kita
tidak berjaya & mengeluarkan segala potensi diri, ianya adalah
procrastinate- "the Silent Killer" Atau melewatkan-lewatkan masa
kerja.

Bayangkan ini. Apabila anda membaca sesuatu info yang amat berguna
yang anda sendiri tahu ianya boleh membantu anda- tidak kira dari
email saya, atau dari buku, atau dari majalah... adakah anda terus
lakukannya, atau anda menangguhkan? (walaupun tahu ianya boleh
membantu anda mencapai kejayaan)

Sebagai contoh, 2 tahun lepas saya menulis tip ini:

*******

Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan
menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku
seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti
dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya
anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.

Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya
dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang
berkenaan bidang masing-masing? Semuanya bermula dengan hanya
membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda
dalam masa 3 tahun dari sekarang!

*******

Nota tersebut saya tulis lebih 700 hari lepas. Sekiranya anda
mengimpimentasikannya, anda telah meluangkan 700 hari membaca buku
sejak membaca tip tersebut sehingga kini. Ia juga secara purata
bermakna anda telah membaca 100 buah buku berkaitan dengan bidang
anda.

Berapa ramai agaknya yang telah membaca 100 buah buku sejak 2 tahun
lepas? Insyaallah saya sendiri telah membaca 100 buah buku sejak 2
tahun lepas kerana saya amalkan kaedah membaca 1 jam sehari ini.

Jadi, apakah harga melewatkan sesuatu? Dalam kes ini, membaca 100
buah buku anda telah kerugian. Dalam tip atas saya juga ada
menyebut, untuk menjadi pakar industri anda perlu membaca >100 buah
buku. Bererti, by now anda telah mencapai sasaran 100 buku tersebut.

Tetapi, sekiranya anda melewatkan masa/kerja dan tidak
melakukannya, jauh lagi perjalanan... 100 buku lagi!

Sekiranya anda memulakan perniagaan Internet 3 tahun lepas ketika
buku RJJIT mula keluar. Tidakkah anda rasa by now anda sudah
berpengalaman 3 tahun menjalankan perniagaan Internet? Adakah
mustahil, dengan 3 tahun pengalaman anda boleh menjana
sekurang-kurangnya RM2,000-RM3,000 extra income online secara part
time melalui perniagaan Internet (side income)? Saya rasa tidak.
Dan adakah extra income RM3,000-RM4,000 akan membantu dalam keadaan
ekonomi kini? Sudah pastinya.

Procrastination adalah musuh utama dalam mencapai kejayaan. Pakar
motivasi Anthony Robbins menggelarkannya "the silent killer".

Fikir sejenak. 3 tahun lepas... 2 tahun lepas... 1 tahun lepas... atau
tahun ini.

Ada tak sesuatu yang anda tahu anda perlu ubahkan diri anda kearah
kebaikan membina diri anda sendiri, tetapi anda terpedaya dengan
"the silent killer" ini dan tidak melakukan apa-apa?

Bayangkan 3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10
tahun akan datang. Bagaimanakah keadaan kita sekiranya kita terus
melewat-lewatkan kerja dimana kita sendiri tahu ia adalah untuk
kebaikan diri kita sendiri.

Mungkin bagi anda ianya bukan membaca buku atau memulakan
perniagaan Internet seperti contoh di atas. Tetapi, mungkin anda
pernah terfikir satu masa dulu untuk menulis buku? atau untuk mula
menjimat sekurang-kurangnya RM300 sebulan? atau hendak mencuba
sesuatu pertandingan? atau hendak memulakan perniagaan part time
lain? atau hendak berjumpa lebih ramai prospek sekiranya anda sudah
memulakan perniagaan? atau hendak membawa keluarga pergi bercuti
luar negara? atau hendak buat 'surprise' pada orang yang tersayang?
atau apa sahaja... (tak semestinya berkaitan dengan wang je) :)

Untuk mengetahui harga melewatkan kerja (procrastinate), Bayangkan
3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10 tahun akan
datang. Think about it ;)

ps: Jangan lewat-lewatkan dari memulakan perniagaan Internet tahun
2009 ini :)

No comments: