Wednesday, December 24, 2008

Mengenali apa itu Clickbank.

Secara ringkasnya Clickbank bolehlah dikatakan sebagai pusat kepada pemasaran produk berbentuk digital di internet.Contoh produk digital ialah seperti ebook dan software Clickbank merupakan tempat pertemuan tiga pihak; penjual, pembeli dan ejen penjual. Ejen penjual yang dimaksudkan di sini ialah peserta program affiliate yang dianjurkan oleh Clickbank. Di sinilah peluang yang sangat terbuka luas untuk orang ramai menjana pendapatan secara online.

Ramai usahawan internet yang berpengalaman, menganggap Clickbank bagaikan lombong emas di internet kerana terdapatnya kuasa beli yang tinggi dikalangan pengunjung clickbank.

Tidak semua orang mampu menghasilkan produk digital yang bermutu.Tetapi jika anda minat berniaga tetapi tidak tahu menghasilkan produk digital sendiri maka clickbank ada penyelesaian kepada masalah anda itu.

Secara ringkasnya, ClickBank adalah sebuah perkhidmatan jaringan affiliate di mana anda boleh menjadi orang yang menggunakan servis ClickBank untuk menjual produk digital anda ataupun menjual produk digital orang lain sebagai affiliate.

Sebagai affiliate, anda akan mendapat komisyen jualan yang ditetapkan (selalunya dari 10% hingga 90%) sekiranya anda berjaya menjual produk digital pihak lain.

Anda juga boleh menggunakan ClickBank sebagai servis untuk menerima pembayaran melalui internet untuk menjual produk digital anda sendiri.Berita gembira mengenai clickbank yang masih hangat diperkatakan di Malaysia ialah terbukanya kembali pendaftaran kepada rakyat Malaysia untuk menyertai clickbank.

Diharapkan dengan terbukanya pendaftaran clickbank kepada rakyat Malaysia maka akan lahirlah lebih ramai lagi usahawan internet Malaysia yang berjaya dimasa hadapan.

No comments: